Shop by Section

New @ Blog

No posts yet.

Share to Social Network

Subscribe

Subscribers (0)

Be the first to subscribe to this e-store. SUBSCRIBE STORE

Find Us on Social Network

Our Facebook

Payments Accepted

FPX local banks

Older Item Catalog  >  SET-SET BERSALIN & BERPANTANG  »  SET BERSALIN MEDIUM ANUGERAH Newer Item
SET BERSALIN MEDIUM ANUGERAH
RM288.00  MYR
RM258.00  MYR


ITEM DESCRIPTION
Set Bersalin Medium Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam. 
 
Khasiat Set Bersalin Medium Anugerah
Mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal.
Memulihkan kesihatan luaran dan dalaman.
Menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin.
Mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
Mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibacakan ke dalam produk.
 
Set Bersalin Medium Anugerah mengandungi:
1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml
1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml
1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml
Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml
1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml
1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml
1 botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml
6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah
1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
1 unit bengkung
 
1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml
- membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.
- merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
- meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin.
 
1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml
- menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi.
- menghindari bayi daripada mengalami kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut, angin pasang dan sawan angin.
- melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya bayi mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.
 
1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml
- membantu ibu menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin.
- melegakan sakit otot, melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan panas.
- didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.
 
Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml
- membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.
- membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.
- tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi, daun bidara dan minyak avokado.
 
1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml
- mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
- membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, senggugut, sakit pinggang dan ‘ular-ular’.
- meningkatkan semula tenaga setelah bersalin.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.
 
1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml
- mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.
- digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin.
- membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.
- menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin.
- dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani dan herba serapat.
 
1 botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml
- membantu memudahkan ibu bersalin di samping meringankan kesakitan ketika saat-saat bersalin.
- memberikan tenaga segera ketika hendak bersalin.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T dan mendapat ketenangan.
- dihasilkan daripada minyak kelapa dara.
 
6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah
- mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
- membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
- melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.
 
1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
- membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
- mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
- menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding batu biasa.
 
1 unit bengkung
- diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak luntur warna dan memberikan sokongan 360 darjah pada tubuh ibu selepas bersalin.
- merapatkan kembali tulang pinggul dan pinggung wanita yang baru bersalin.
- mengempiskan perut dan menaikkan bahagian dada.
- menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot badan selepas bersalin.
- menghalang peranakan daripada ‘turun’.
ITEM REVIEWS :

Have a review for this item? Post your review below:


RELATED ITEMS

About    Catalog    Blog    Contact    Payment    Delivery    Return Policy    Buying    Selling    Widgets   

to top